Jom Upgrade Aplikasi E-Wallet Boost Korang & Rebut Peluang Menang iPhone 11 Pro!

Heyya! Adakah korang pengguna tegar aplikasi e-wallet Boost? Apa kata jom upgrade aplikasi Boost korang kepada premium dan rebut peluang bawa pulang iPhone 11 Pro atau ganjaran hebat bernilai hingga RM500!

Terdapat banyak kelebihan dan manfaat yang diperoleh, antaranya pengguna premium dapat menikmati limit e-wallet yang meningkat sehingga RM1,500, peningkatan perbelanjaan bulanan, pemindahan peer-to-peer sehingga RM4,500 dan pilihan pindahan wang dari aplikasi e-wallet Boost ke dalam akaun bank sendiri.

Untuk naik taraf, pengguna hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah – ketik pada pautan ‘Go Premium, Get Pro’ pada skrin utama aplikasi. Kemudian, ambil gambar IC dan foto selfie mengikut arahan pada skrin.

Dengan penaikan taraf ini, pengguna premium akan menerima satu entri untuk rebut peluang memenangi iPhone 11 Pro dan ganjaran hebat bernilai hingga RM500 – dengan syarat transaksi minimum RM10 dalam satu transaksi. Maklumat lanjut, Boost.

You might also like