
Bukan sahaja Digi menawarkan pelan Digi Postpaid 58 yang hanya perlu RM99 untuk dapatkan vivo Y11D, Hotlink juga ada promosi ini!
Pelanggan yang mendaftar di bawah pelan Hotlink Postpaid Flex 60 ini boleh membeli vivo Y11 (bernilai RM499) pada harga hanya RM99. Di samping itu, pelan ini juga menawarkan panggilan tanpa had dan SMS, serta Internet 10GB dan 10GB YouTube dengan langganan bulanan RM60.
vivo Y11 adalah peranti berskin 6.35 inci yang dilengkapi dengan dwi-kamera 13MP + 2MP selain 8MP kamera swafoto, prestasi dalaman terdiri daripada 3GB RAM dan 32GB ROM (sokongan microSD sehingga 256GB), cip pemproses Snapdragon 439 Octa-core, FunTouch OS 9.1 berasaskan Android 9.0, serta bateri yang besar berkapasiti 5,000mAh.
Berminat boleh dapatkan peranti ini dalam 2 warna iaitu Mineral Blue dan Agate Red, lanjutan info boleh layari laman rasmi Hotlink dan FB vivo Malaysia.

