
Pendedahan Awal Xiaomi Mi MIX4 – Dikhabarkan Muncul Hujung Tahun 2019?!
Bulan September Xiaomi baru sahaja melancarkan peranti konsep milik mereka yang dikenali sebagai Xiaomi Mi MIX Alpha, sebuah peranti penuh hebat dengan spesifikasi power!
Selain Mi MIX Alpha menjadi tumpuan, sebenarnya Mi MIX4 juga merupakan peranti yang dinanti-nantikan oleh peminat Xiaomi.
Terbaru laman weibo tersebar gambar yang dikatakan adalah Mi MIX4, hadir dengan paparan skrin penuh yang hampir tiada bezel. Kebenarannya masih tidak dikenalpasti lagi, namun mengikut poster yang dikongsikan oleh 91mobile sebelum ini, panel bawah skrin lebih kurang sama.
Spesifikasi yang mungkin akan hadir pada Mi MIX4 adalah sokongan cip pemproses Snapdragon 865 dan kamera 108MP. Minggu lepas juga terdedah gambar MIUI 11 Beta yang menunjukkan sebuah peranti akan hadir dengan kadar segar semula 120Hz, adakah ia Mi MIX4?

