Sekitar Roadshow Samsung Galaxy S7 Edge 20160319

sam1Samsung Malaysia Electronics dengan bangganya telah melancarkan peranti flagship terbaru, Samsung Galaxy S7 Edge, sehari selepas majlis pelancaran siri jelajah lokasi mereka diserbu orang ramai yang datang dari dalam dan luar negara bagi melihat dan mencuba smartphone tersebut. Bukan itu sahaja, 2,000 pelanggan pertama di tujuh lokasi siri jelajah tersebut juga bakal membawa pulang Samsung Gear VR bagi setiap pembelian Galaxy S7 Edge.

sam3Nicklas Hystad, seorang jurutera bangunan dari Norway yang kerap mengembara merupakan orang pertama yang berjaya mendapatkan Galaxy S7 Edge di KLCC pada siri jelajah tersebut. Beliau berkata dia memang sudah merancang untuk mendapatkan smartphone tersebut dan kebetulan pelancaran Galaxy S7 Edge di Malaysia jatuh pada hari beliau melancong di sini. Katanya lagi sebagai seseorang yang banyak mengembara, fungsi kalis air dan debu amat penting dan itu merupakan antara sebab utama beliau mendapatkan Galaxy S7 Edge.

You might also like