
Pada bulan Julai yang lepas, BlackBerry dengan rasminya telah memperkenalkan DTEK50, smartphone kedua BlackBerry yang dioperasikan oleh OS Android dan memfokuskan kepada pelbagai perisian serta ciri-ciri keselamatan khas daripada BlackBerry.
Kini anda mampu memiliki BlackBerry DTEK50 dengan pra-tampahan mulai sekarang di laman web 11street. Dipasarkan di Malaysia pada harga RM1,339, tempahan dibuka sekarang dan akan dihantar pada 30 September 2016. Selain itu, BlackBerry DTEK50 juga boleh didapati dengan pengedar sah iaitu Brightstar Sdn Bhd. Manakala tempahan di laman 11street pula akan diuruskan oleh Egadget Solution.

