
Syarikat e-hailing, Grab akan memulangkan semula komisen tambahan 5% yang dikenakan kepada pemandu yang menerima tempahan secara manual selepas 11 Julai. Justeru bagi memastikan keadilan kepada semua, pemandu diwajibkan menerima tempahan secara automatik.

Menurut statistik, hampir 20% pemandu Grab menerima tempahan secara manual. Justeru Grab memperkenalkan komisen tambahan sebanyak 5% bagi memberikan pampasan serta melindungi pemandu lain apabila tempahan dibatalkan.
Terdahulu, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengingatkan syarikat seru-pandu agar tidak mengenakan komisyen melebihi 20%.
_________________________
Artikel Berkaitan:

