
Xiaomi CC9 Diperkenal – Paparan Takuk Kecil + Kamera Depan 32MP + Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin
Seperti dijanjikan, Xiaomi kini memperkenalkan pendatang baru mereka iaitu Xiaomi CC9. Peranti ini didatangkan dengan pelbagai penambahbaikan menarik disamping teknologi hebat yang pastinya memenuhi citarasa pengguna masa kini.


Xiaomi CC9 membawakan skrin bersaiz 6.39″ AMOLED dengan resolusi FHD+ dan nisbah aspek 19:5:9 . Peranti ini menyertakan takuk kecil sebesar titisan air pada paparan hadapan dan nisbah skrin ke badan adalah sebanyak 91%. Menariknya, peranti ini hadir dengan ketersediaan pengimbas cap jari terbina pada skrin.


Untuk spesifikasi dalaman, Xiaomi CC9 menggunakan cip pemproses 710 AIE sebagai tunjang utama. Pada masa sama, ia dibantu oleh memori 6GB dan pilihan storan dalaman 64GB/128GB. Melengkapinya adalah bateri berkapasiti 4,030 mAh dengan sokongan pengecasan cepat 18W. Ciri menarik lain termasuk game turbo 2.0, NFC dan Hi-Res Audio.

Dari segi kamera, ia didatangkan sokongan tiga kamera utama dengan gabungan lensa 48MP + 8MP + 2MP. Turut disertakan adalah kamera swafoto sebesar 32MP dengan sokongan HDR untuk pelekat mimoji (terdapat 165 jenis gaya rambut, muka dan aksesori – boleh digunakan untuk foto dan video). Kamera berkuasa AI mampu merakam video gerak perlahan 960fps.



Tersedia dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Blue Planet, White Love dan Dark Prince, Xiaomi CC9 ditawarkan di pasaran China pada harga seperti senarai di bawah :
- Xiaomi CC9 (6GB + 64GB) – RMB1,799 (kira-kira RM 1,083)
- Xiaomi CC9 (6GB + 128GB) – RMB1,999 (kira-kira RM 1,203)


