
Dropbox Ingin Merevolusikan Sistem Cloud Dengan Project Infinite
Salah satu kelemahan yang ketara pada sistem storan cloud adalah fail yang berada di dalam sistem cloud tidak boleh diakses secara local di dalam komputer, melainkan anda memuat turun fail itu terlebih dahulu. Ini menyebabkan pengguna yang memiliki peranti dengan saiz storan kecil dan terhad merasa kurang senang dengan situasi tersebut, namun kini Dropbox sedang membangunkan satu sistem yang bakal merubah cara penggunaan sistem cloud dengan Project Infinite.
Melalui projek ini, pengguna dapat melihat fail-fail yang disimpan di dalam sistem cloud terus di dalam sistem komputer. Fail tersebut langsung tidak menggunakan ruang data komputer walaupun ianya boleh diakses secara terus. Sekiranya anda mahu menggunakan fail tersebut ketika offline, anda perlu sync fail tersebut terlebih dahulu.

