
Video Penggoda Peranti OPPO Dengan Rekaan Kamera Di Bawah Skrin Diperlihatkan
Terdahulu dilaporkan, OPPO bakal hadir dengan peranti bersama rekaan kamera di bawah skrin. Kini, video penggoda mula diperlihatkan sekaligus memberi bayangan mereka kini dalam persediaan untuk memperkenalkan peranti tersebut.

Video berdurasi 15 saat itu memperlihatkan sejumlah revolusi dalam penghasilan rekaan peranti oleh mereka bermula daripada bingkai tebal, skrin bertakuk, pop-up kamera sehinggalah rekaan skrin penuh. Paling menarik perhatian, penghujung video memaparkan rekaan kamera di bahagian bawah skrin bagi menempatkan kamera selfie – diletak pada tengah peranti.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=15&v=Si6y6kVQxt0
OPPO dijangka memperkenalkan peranti ini pada 26 Jun dalam persidangan Mobile World Congress (MWC) Shanghai 2019. Teruja? Nak tahu lebih lanjut? Sama-sama kita tunggu! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

