
ROG Perkenal Barisan Baharu Model Gaming!!! Serius Power…
ASUS Republic Of Gamer baru sahaja mengumumkan barisan model baharu komputer gaming mereka. Antara yang diumumkan adalah ROG Mothership, ROG G703, ROG Zephyrus S, ROG Zephyrus M, ROG Zephyrus G, ROG Strix Scar III, Hero III dan ROG Strix G.
ROG Mothership
ROG Mothership disertakan dengan rekaan yang inovatif sistem penyejukkan berada di bahagian belakang dan papan kekunci adalah berasingan bagi memberikan laluan udara yang lebih baik disamping memberi posisi tontonan yang terbaik. Ia juga adalah nipis berdasarkan kuasa yang diberikan. Disertakan dengan ultrafast FHD panel refreshes pada 144Hz dengan ms respond time yang memberikan pengalaman bermain game yang menakjubkan.
G703
Bagi model G703 pula, disertakan dengan heatsinks dan kipas yang lebih besar untuk mendapatkan prestasi penyejukkan yang terbaik. ia direka dengan versatil dan sangat selesa walaupun ia diletakkan di atas riba. Ia turut disertakan rekaan yang menawan.
Zephyrus S GX701
Dengan kenipisan 18.7 mm dan bezel yang sangat nipis pastinya menjanjikan rekaan yang menawan yang mana ia bersaiz 17 inci. Disertakan dengan GPU sehingga GeForce RTX™ 2080 G yang mampu memcapai sehingga 1230MHz pada 100W dengan ROG Boost. Paparan juga sangat menawan apabila ia disertakan dengan 144Hz refresh rate dan 3ms grey to grey respond time.
ROG Exclusive GPU membenarkan pengguna untuk menukar di antara NVIDIA G-SYNC™ mode bagi pengalaman bermain game yang lebih baik dan memanjangkan jangka hayat bateri.

Dalam pada itu, versi khas Zephyrus S GX701 juga turut tersedia dengan HDR panel yang mampu mempertingkan jutaan warna dengan liputan yang menyeluruh bagi BT.709 color space. Terdapat integrated volume roller yang boleh dicapai oleh tangan kiri lengkap dengan backlight brightness yang boleh ditukar secara automatik untuk menyamai dengan suara. Jelas bahawa Zephyrus S GX701 bukan hanya untuk bermain game, tetapi juga sesuai untuk digunakan bagi content creator, pemaju dan profesional.
Zephyrus S GX531

Komputer ini adalah sangat kompak namun masih menyamai kecekapan kejuruteraannya. Kenipisan komputer riba ini adalah 15mm yang disertakan dengan paparan 15.6 inci serta bezel yang sangat nipis. Disertakan AAS cooling yang sangat untuk menggunakan GeForce RTX 2080 menyamai kelajuan ROG Boost seperti GX701 yang lebih besar.
Zephyrus S GX502
Bagi model ini, papan kekuncinya adalah seperti papan kekunci trasional. Direka bagi memberi kepuasan bukat kaki game dan profesional content creator. Ia disertakan dengan AAS cooling yang dipertingkat membenarkan model yang dilengkapi dengan GeForce RTX 2070 untuk meningkatkan dari 1540MHz pada 115W dengan ROG Boost dalam Turbo Mode. Dengan hanya kenipisan sebanyak 18.9mm dan berat sebanyak 2kg menjadikan ia sebuah komputer riba yang mudah untuk di bawa ke mana sahaja.
Sungguhpun ia mempunyai bekas casis kompak, namun ia turut disertkan dengan dwi M.2 SSDs yang boleh dikonfigurasikan dalam Raid 0 array bagi memaksimumkan prestasi. Audio juga telah dipertingkat bagi mengurangkan noise dengan menggunakan ESS SABRE DAC.
Zephyrus M GU502

Ia disertakan dengan pilihan PANTONE sama seperti Zephyrus S GX502 dan Zephyrus M GU502 iaitu pilihan paparan 144HZ dan 240HZ dengan 3ms response times. Dengan sehingga GeForce RTX 2060 GPUs, ia mempunyai kuasa grafik yang cukup untuk untuk menolak 3 digit frame rate dalam game yang terkenal.
Cip ini tidak memerlukan AAS untuk kekal sejuk, thermal module’s powerful fans dan quad heatsinks adalah sangat efektif untuk memastikan GPU sehingga 1435MHz pada 90W dengan ROG Boost dalam Turbo Mode.
Aura Sync keyboard backlighting boleh ditetapkan dan pilihan kawalan per-key membenarkan susun atur tersuai yang mana mampu mengenalpasti butang yang sangat penting ketika bermain gam atau melakukan kerja. Ia turut menyokong dwi NVMe SSDs dalam RAID 0.
Zephyrus G GA502
Ia merupakan peranti yang sangat nipis pada harga yang mampu milik tanpa perlu berkompromi dengan prestasi dengan mengabungkan GeForce graphics dengan AMD Ryzen® CPU. disertkan dengan GeForce GTX 1660 Ti GPU yang mencatatkan sehingga 1335MHz pada 60W dengan ROG Boost.
Ia mempamerkan frame rates yang sangat lancar.Turut disertakan dengan Ryzen 7 mobile APU dengan quad cores dan 8 bebenang untuk melancarkan kerja seharian. Jangka hayat bateri turut dipertingkat sehingga 7 jam. 2 paparan luaran disokong menerusi HDMI 2.0b dan DisplayPort menggunakan USB-C dan HDMI.
Siri Strix SCAR

Bagi siri Strix yang baharu, ia didatangkan dengan 2 saiz iaitu 15.6 inci (G531) dan 17.3 inci (G731) dengan disertakan bezel yang sangat nipis. Ia tersedia bagi model SCAR III dan Hero III. Engsel Scissor-door pada bahagian sedikit di hadapan memberikan ruang yang lebih untuk sistem pengudaraan dalam 3D Flow Zone pada bahagian belakang. Aura Sync lighting juga adalah sangat menarik. Disertakan dengan dwi SO-DIMM dengan menyokong sehingga 32GB RAM dan kedua-dua M.2 dan 2.5 inci drive bay.

Strix SCAR III mengambarkan inspirasi penembak dengan corak Gunmetal Grey dan paten carbon waved di bahagian dalam sementara HERO III pula direka dengan Midnight Black dan disuntik dengan stealthy cyber text slashed disepanjang palm rest. Refresh paling tinggi didapati pada SCAR III dengan memberikan berdaya saing bagi peringkat yang tinggi terutama FPS games.
Strix G
Peranti ini disertakan dengan GeForce GTX 16 series. Ia boleh dikonfigurasikan sehingga Intel Core i7 9750H CPU dengan 6 teras dan 12 threads dan 1 GeForce GTX 2070 GPU dan paparan 144Hz. Ia tersedia dengan 4 zone Aura Sync lighting bagi papan kekunci dan didatangkan dengan RangeBoost bagi Gigabit Wi-Fi, HDMI 2.0b output bagi monitor dan TVs dan menyokong monitor G-SYNCmenerusi DisplayPort menggunakan USB-C pada model dengan grafik GeForce RTX.

