OPPO Reno Hadir Dengan Binaan Kamera Hadapan Unik – Dijangka Sokong Snapdragon 855?

OPPO Reno mula menjengah di media sosial sejak beberapa minggu lalu. Hari demi hari, semakin banyak butiran mengenainya mula muncul.

Terkini, muncul video yang memperlihatkan binaan peranti. Ia hadir dengan kamera pop-up bersama rekaan segi tiga bersudut tegak – dijangka membawakan resolusi 16MP.  Berbeza dengan OPPO F11 Pro dan vivo V15, binaan pada OPPO Reno terlihat berbeza dan unik!

Beberapa spesifikasi utama OPPO Reno juga muncul. OPPO Reno yang menggunakan kod “CPH1919” telah muncul di platform penanda aras Master Lu dengan skor yang mengagumkan – mencapai skor 389,386 mata.

Selain skor, Master Lu juga mendedahkan bahawa OPPO Reno dijangka disokong Snapdragon 855 dan memori 8GB + 256GB. Skrin telefon dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel).

Memetik maklumat tertiris juga, ia mungkin dilengkapi paparan skrin 6.65 inci dan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Ia juga berkemungkinan dilengkapi bateri 4,065mAh dan membawa sokongan untuk pengecasan pantas, VOOC Flash Charge 3.0

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan untuk mengetahui lebih lanjut, sama -sama kita nantikan tuan empunya badan muncul sendiri. Kekal bersama eRing untuk info terkini!

[SUMBER] , [SUMBER 1]

_________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like