Suku Kedua 2016 Memperlihatkan Hanya 1.2 Juta Unit Peranti Lumia Terjual

pic 1_meitu_1Tidak dinafikan lagi bahawa populariti telefon pintar yang dioperasikan dengan platform Windows semakin hari semakin berkurangan, dan ini ditambah pula dengan arah tuju Microsoft yang lebih memfokuskan kepada perkakasan mudah alih. Bahkan Microsoft juga dilihat kurang mempromosikan telefon pintar Lumia keluarannya yang dioperasikan dengan Windows 10 Mobile sejak kebelakangan ini. Ia sekaligus menjadi faktor utama kejatuhan populariti peranti Lumia di pasaran global. Berdasarkan kepada laporan yang telah didedahkan, Microsoft telah berjaya menjual sebanyak 13.8 juta unit peranti Lumia dalam tempoh setahun yang bermula dari 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016 yang lalu.pic 2_meitu_1

Menurut statistik yang didedahkan, jelas dapat dilihat penurunan jualan peranti Lumia bagi tempoh tersebut yang mana sebanyak 5.8 juta unit berjaya dijual antara Julai hingga September 2015. Manakala untuk bulan Oktober hingga Disember 2015 pula menyaksikan sebanyak 4.5 juta unit peranti Lumia telah dijual, dan diikuti dengan 2.3 juta unit pada bulan Januari hingga Mac 2016. Angka jualan mencatatkan penurunan jualan yang berturut-turut, apabila hanya 1.2 juta unit peranti Lumia berjaya dijual untuk sepanjang tempoh tiga bulan pada April hingga Jun 2016.

You might also like