
Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Butang Back! Android Q Bakal Melangkah Ke Arena Paparan Skrin Penuh
Sistem operasi Android pada awalnya sedia menampilkan tiga butang akses iaitu Back, Home dan Recent Apps di bawah paparan skrin peranti Android, namun sejak Android 9 diumumkan jelas nampak butang Recent Apps telah dipadamkan dan hanya tinggal butang “Back” dan “Home” sahaja.

Baru-baru ini XDA Developers mendapati bahawa Google telah membuat beberapa perubahan pada Android Q yang bakal diumumkan. Pertama, ia meningkatkan kelancaran semasa membuka “Recent Apps”, kedua mereka akan membuang butang “Back” dan diganti dengan kawalan gesture yang lebih produktif.

Tambahan lagi kali ini Google tidak memberi pilihan kepada pengguna, bermakna anda hanya boleh menggunakan akses sentuhan penuh seperti mana peranti iPhone. Sistem ini masih dalam fasa pembinaan awal, sama ada perubahan ini akan dilancarkan masih tidak pasti lagi.

