
HUAWEI Bakal Perkenal P30 Dan P30 Pro Di MWC 2019 Pada 24 Februari?

HUAWEI dikhabarkan akan melancarkan peranti terbaharu iaitu P30 dan P30 Pro tahun ini. Dikhabarkan peranti ini bakal diperkenal pada MWC 2019 yang bakal berlangsung di Barcelona pada 24 Februari ini.
Namun dalam satu siaran media yang terdedah bahawa P30 dikatakan akan diperkenalkan pada penghujung bulan Mac. Namun masih belum ada lagi tarikh yang pasti tentang bila peranti ini akan dilancarkan.

Sebelum ini telah terdedah bahawa kamera Huawei P30 Pro akan tampil dengan susunan vertikal dan disertakan dengan flash LED disebelah kanan. Dalam pada itu, P30 ‘Vanilla’ pula dikhabarkan akan disertakan dengan 3 kamera dengan susunan vertikal dan flash di bawah. Di bahagian hadapan peranti pula disertakan dengan takuk waterdrop yang dilihat persis seperti Mate 20X dan mate 20.
Namun ini semua hanya khabar-khabar dan belum lagi ada sebarang pengumuman mengenai tarikh rasmi bila ia bakal dirasmikan. Jadi sama-sama kita nantikan.
_______________________
Baca juga:
- HUAWEI Meraikan Cinta Dengan nova 4
- HUAWEI Bakal Hadir Dengan Peranti 5G Pertama Pada Persidangan MWC 2019
- HUAWEI Perkukuh Pasaran Tablet, Meningkat Ditangga Ketiga Top 5 Syarikat Pengeluar Tablet
- Ujian Benchmark Google Pixel 4 (Pixel 3 Lite) Tertiris?! Beroperasi Sistem…
- PUBG Mobile Zombies Mode Bakal Terima Kemas Kini Pada 19 Februari
- Hasil Gambar Terdedah! Xiaomi Mi 9 Sah Menjana Kamera 48MP +…

