
Digi baru-baru ini memperkenalkan “Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive”, satu inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya dan memberi ganjaran kepada mereka yang mengamalkan tabiat pemanduan berhemah.
Ini merupakan produk pertama seumpamanya di Malaysia bertujuan membantu pemandu kenderaan yang telah diinsuranskan untuk belajar dan memahami dengan lebih baik akan tabiat pemanduan mereka menerusi pemasangan peranti keselamatan telematik dan aplikasi mudah alih AXA FlexiDrive.

Insurans ini telah dilancarkan pada tahun 2017 bersama dengan rakan kongsi telematik rasmi AXA, kumpulan CSE (Communications & Security Electronics) yang merupakan sebuah pusat penyelidikan, pembangunan dan pembuatan tempatan yang telah menempa nama dalam bidang telematik sejak tahun 2002.
Apa yang menarik, produk ini telah meraih anugerah Produk Insurans Baharu Terbaik-Malaysia di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2018.
Menerusi ‘Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive’, pemilik kenderaan berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 20% bagi pemanduan selamat. Tawaran ini bergantung pada penilaian terhadap tabiat pemanduan pemandu seperti daripada segi kelajuan, jarak perjalanan kenderaan dan cara memandu.
Selain itu, ia turut menawarkan notis kemalangan automatik beserta bantuan, perlindungan kenderaan 24 jam dan bantuan mendapatkan kembali kenderaan sekiranya berlaku kecurian, tanpa sebarang caj tambahan.
Pemasangan adalah percuma dan pelanggan hanya akan dikenakan bayaran deposit sebanyak RM70. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mengaktifkan CSE Smart Track Security yang bernilai RM240 setahun. Ciri pilihan ini menawarkan sistem penggera kereta yang boleh dikawal dari telefon pintar, catatan maklumat semasa, ulasan perjalanan dan pampasan kemalangan sehingga RM2,000.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Kereta Terhubung bersama AXA FlexiDrive’, sila berkunjung ke Digi Store atau klik di sini.
Baca juga:
- Digi Lancar Aplikasi ‘Ibadat’ sebagai Panduan Buat Pengguna Beragama Islam
- JomStudi – Pembelajaran Digital Hasil Kerjasama Astro, Digi Dan Media Prima
- Digi WiFi – Pantas. Mudah. Selamat.
- Digi Mengorak Langkah, Kini Melalui Program Perintis Bertemakan Kesihatan – Kempen Digi Stepz

