
Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (SIES) mengumumkan kempen “13 Days Special” yang menawarkan harga yang menarik bagi PlayStation4 (PS4) consoles and PlayStation VR (PS VR) dengan PlayStation Camera bagi tempoh yang terhad ketika tempoh musim percutian.
Dari 21 Disember 2018 (Jumaat) sehingga 2 Januari 2019 (Rabu) Pengedar sah PlayStation, Kedai Sony, Sony Centre akan menawarkan diskaun (RM250) bagi barangan PlayStation seperti berikut:
- PlayStation 4 Party Bundle – RM1,199 (Harga normal (RM1,449), termasuklah DUALSHOCK®4 Wireless Controller secara percuma

- PlayStation 4 HITS Bundle – RM1,099 (Harga normal RM1,349)

- PlayStation 4 Pro (1 TB) – RM1,549 (Harga normal RM1,799), termasuklah DUALSHOCK®4 Wireless Controller secara percuma.

- PlayStation VR dengan PlayStation Camera – RM1129 (harga normal RM1,379).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai “13 Days Special”, sila klik di sini. Anda juga boleh boleh melayari laman rasmi Facebook PlayStation Asia bagi mendapatkan kemaskini terkini.
________________________________
Baca juga:
- Nike X PlayStation Bakal Melancarkan Kasut Terbaharu Pada 1 Disember 2018?!
- Play Everything Lounge Oleh Playstation Pertama di Asia Tenggara, Dibuka Di Sunway Pyramid
- Sony Keluarkan PlayStation 4 Pro Edisi Monster Hunter: World Rathalos – Ditawarkan Pada Harga…

