Sarung Pelindung HUAWEI P30 & P30 Pro Tertiris – Dedah Reka Bentuk Kamera

Kecoh di media sosial selepas tersebarnya beberapa imej memaparkan rekaan sarung pelindung HUAWEI P30 dan P30 Pro yang mana menunjukkan peranti pintar tersebut masing-masing bakal mempunyai tiga dan empat kamera di belakang.

Memetik imej tersebar, sarung pelindung P30 Pro menunjukkan penyediaan empat kamera yang disusun secara vertikal (menegak) di sudut kiri pada bahagian belakang. Selain itu, sistem lampu flash juga kelihatan lebih besar. Untuk sarung pelindung P30 pula, ianya menunjukkan satu potongan tunggal secara vertikal bagi menempatkan sistem tri-kamera.

Sumber berkata lagi, kedua-dua peranti dijangka masih menggunakan skrin dengan saiz takuk yang kecil dan bukan rekaan lubang kecil seperti Huawei Nova 4 yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Pun begitu, segala maklumat tertiris hanyalah ‘rumors’ sahaja dan masih tidak diketahui  mengenai kesahihannya. Apa-apapun sama-sama kita tunggu tuan empunya badan sendiri tampil ~

 [SUMBER],[SUMBER1]

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

You might also like