
Petisyen Pokemon Go
Tahu apa yang paling hangat kat dunia sekarang ni? Penduduk US, Jepun, UK, New Zealand, Australia dan Germany ketika ini sedang gila dengan permainan Pokemon Go, kita di Malaysia hanya mampu menunggu sehingga permainan ini dilancarkan secara rasmi di sini.
Pastinya ramai yang sudah tidak sabar dan agak terseksa menunggu permainan ini dilancarkan, cuba memuat turun APK dan juga menukar lokasi stor di App Store, namun pelbagai isu timbul sekiranya anda melakukan perkara tersebut seperti ketiadaan Pokemon, Pokestop dan lain-lain.
Pengguna Android dan iOS yang menunggu sudah semakin gelisah, dan sebenarnya ada yang lagi kasihan. Tahukah anda terdapat lebih 81 juta pengguna Windows 10 Mobile di dunia dan kami pasti lebih separuh dari pengguna tersebut ingin bermain Pokemon Go. Namun setakat ini tiada berita langsung dari Niantic (pembangun aplikasi) berkenaan kehadiran Pokemon Go pada platform tersebut.
Oleh itu satu petisyen atas talian telah mula dijalankan pengguna Windows 10 Mobile yang meminta Niantic, Nintendo dan The Pokemon Company untuk melancarkan aplikasi tersebut untuk Windows 10 Mobile.
Sekiranya anda salah seorang dari pengguna Windows 10 Mobile yang mahukan Pokemon Go dimainkan di dalam peranti anda, berikan sokongan anda terhadap petisyen
Bagi anda yang ingin menerima notifikasi sebaik sahaja Pokemon Go dilancarkan untuk pasaran tempatan, daftarkan diri di laman Is Pokemon Go Available Yet.

