
Galaxy S6 dan S6 Edge Bakal Menerima Kemas Kini Marshmallow
Samsung mengumumkan bahawa mereka akan membawakan kemas kini Android 6.0 Marshmallow kepada dua peranti flagship mereka, iaitu Galaxy S6 dan S6 Edge. Bersama sama kemas kini tersebut, pengguna S6 Edge bakal menikmati fungsi terbaru skrin melengkung yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Selain itu kemas kini Marshmallow bakal membawakan fungsi Now On Tap yang membolehkan anda mencari maklumat dengan lebih mudah dan cepat. Bagi mereka yang memiliki model selain Galaxy S6 da S6 Edge, anda tidak perlu risau kerana Samsung menjanjikan kemas kini Marshmallow bagi model lain akan menyusul tidak lama selepas Marshmallow untuk S6 dan S6 Edge dilancarkan.

