Realme 1 Dan Realme 2 Bakal Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie?!

ColorOS 5.2

Sebelum ini, Realme telah mengumumkan mengenai peranti Realme 1, Realme 2 serta Realme C1 bakal menerima kemas kini ColorOS 5.2 dan juga kemas kini bulanan bermula November 2018 ini.

Terbaru melalui kicauan Realme India, mereka sekali lagi mengumumkan bahawa Realme 1 dan Realme 2 bakal menerima kemas kini Android 9.0 Pie. Walau bagaimanapun, pihak Realme tidak memberikan sebarang informasi mengenai bila tarikh kemas kini ini akan diberikan, tetapi ia mungkin hadir dalam bentuk ColorOS yang baharu.

Realme 1

Apa yang pasti kemas kini Android Pie buat Realme ini pasti akan mengambil sedikit masa kerana kemas kini ColorOS Realme 2 Pro sendiri akan ditawarkan selepas 20 November 2018 bersama sekuriti November.

Bagi pemilik peranti Realme, ia adalah berita yang baik buat anda! Dengan tawaran harga mampu milik, ia masih dioperasikan oleh Android terkini.

Baca juga:

You might also like