Vivo V11i Fairy Pink Secara Rasmi Dijual Pada Hari ini Pada Harga RM1299

Vivo hari ini secara rasmi telah melaksanakan penjualan edisi terhad V11i Fairy Pink di Malaysia pada harga RM1299 di Vivo Concept Store,Vivo Store , Lazada, 11 street dan Shopee.

V11i merupakan salah satu keluaran terbaharu daripada Vivo yang disertakan dengan ciri-ciri yang mengagumkan iaitu AI camera yang membantu merakam gambar dengan sempurna di bawah sebarang senario.

Ia juga turut disertakan dengan 16MP + 5MP pada dwi kamera di bahagian belakang. Kedua-dua kamera ini dikuasakan oleh AI algorithm dengan keupayaan untuk menghasilkan kesan Bokeh yang menarik. V11i turut dilengkapi dengan AI Backlight Mode, AI Low Light Mode, AI Scene Recognition dan AI Potrait Framing yang memudahkan pengguna untuk merakam gambar setiap saat.

Didatangkan dengan 4GB RAM dan 128GB ROM yang menyediakan storan yang lebih besar. Bagi keupayaan mengecas pula, ia mampu untuk melaksanakan Fast Charging. Dari segi paparan pula, ia didatangkan dengan paparan Halo FullView dan paparan skrin 6.3 inci yang mempunyai 19:9 aspect ratio.

Bagi pembelian di Vivo Concept Store, cabutan bertuah untuk memenangi rantai Swarovski adalah tersedia dari 1 November sehingga 11 November 2018 dan tertakluk kepada terma dan syarat. Vivo V11i juga boleh didapati di pengedar yang berdaftar bermula dari 3 November 2018. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, bolehlah layari laman sesawang Vivo Malaysia atau di akaun Vivo di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Baca Juga:

 

You might also like