Huawei Malaysia Umum Harga Baru Untuk Kesemua Peranti Bermula 1 Jun

Huawei Experience Store IOI City Mall

Selaras dengan pengumuman kerajaan Malaysia yang menurunkan kadar GST kepada sifar, Huawei turut mengumumkan harga baru untuk kesemua produk Huawei yang dijual di Malaysia. Oleh itu, bermula 1 Jun depan pelanggan tidak lagi akan dikenakan cukai GST untuk mana-mana pembelian produk. Antara model yang menerima kemas kini harga ialah:

  1. Porsche Design Huawei Mate RS – RM6,603
  2. Porsche Design Huawei Mate 10 – RM6,603
  3. Porsche Design Huawei Mate 9 – RM6,603
  4. Huawei Mate 10 Pro – RM2,924
  5. Huawei Mate 10 – RM2,169
  6. Huawei Mate 9 Pro – RM3,112
  7. Huawei Mate 9 – RM2,358
  8. Huawei P20 Pro – RM3,112
  9. Huawei P20 – RM2,452
  10. Huawei P10 Plus – RM2,263
  11. Huawei P10 – RM2,358
  12. Huawei P10 Lite – RM1,225
  13. Huawei Nova 3e – RM1,320
  14. Huawei Nova 2 Plus – RM1,603
  15. Huawei Nova 2i – RM942
  16. Huawei Nova 2 lite – RM754
  17. Huawei Nova lite (Biru) – RM707
  18. Huawei Nova lite (Hitam dan Emas) – RM659
  19. Huawei Y7 Prime – RM848
  20. Huawei Y6 (2018) – RM584
  21. Huawei Y5 Prime (2018) – RM490
  22. Huawei Watch 2 – RM1,886
  23. Huawei Watch eSIM – RM1,886
  24. Huawei M3 lite – RM942
  25. Huawei T3 7” – RM471

Sepanjang Ramadan ini, Huawei juga mengadakan satu kempen dinamakan “Gaya Raya Bersama Huawei” bermula 18 Mei hingga 17 Jun 2018. Pelanggan yang membuat pembelian peranti Huawei pada harga rendah berpeluang untuk memenangi hadiah percutian ke Tokyo Disneyland, Jepun selama 4 hari 3 malam untuk empat (4) orang. Selain itu percutian ke Club Med Bali, Indonesia juga akan diberikan kepada naib juara.

Dalam kempen ini, Huawei Malaysia telah menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 dalam bentuk percutian, baucar tunai, dan barang dagang eksklusif istimewa kepada pelanggan mereka.

You might also like