Adecco Group Mengumumkan Jordan Topoleski, 20, dari Amerika Syarikat sebagai “Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk Satu Bulan” Tahun 2020

– Mempersiapkan Generasi Seterusnya untuk Memimpin dalam Masa yang Tidak Menentu

– Program Membangunkan Pemimpin Generasi Seterusnya dengan Fokus pada “Profil Kepimpinan Baharu”

ZURICH, 4 September 2020 /PRNewswire/ —

  • Jordan Topoleski, 20, dari Amerika Syarikat telah dinobatkan sebagai CEO Global untuk Satu Bulan untuk bekerjasama dengan Alain Dehaze, CEO, Adecco Group
  • Program CEO Adecco Group untuk Satu Bulan membina pemimpin generasi seterusnya, dengan fokus pada profil kepimpinan baharu yang diperlukan dalam dunia pekerjaan pasca pandemik
  • Pandemik ini menuntut satu rangkaian baharu dalam kompetensi kepimpinan yang diperlukan dan jangkaan ini akan mempercepat penemuan semula pemimpin moden.

Jordan Topoleski, 20, dari Amerika Syarikat hari ini telah dinobatkan sebagai CEO Global Adecco Group untuk Satu Bulan bagi tahun 2020. Buat pertama kalinya, program ini dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. Program CEO untuk Satu Bulan ini dirancang untuk membina generasi pemimpin seterusnya, yang dimaklumkan oleh penyelidikan Adecco Group yang menunjukkan kemunculan profil baharu dengan kemahiran dan kualiti yang diperlukan agar pemimpin masa depan berjaya dalam persekitaran dunia yang semakin tidak menentu.

Berikutan proses pemilihan selama lapan bulan yang melibatkan lebih daripada 200,000 permohonan dari 34 buah negara, Jordan telah dipilih untuk menghabiskan satu bulan berkhidmat bersama-sama CEO Adecco Group, Alain Dehaze. Beliau akan memberi sumbangan dalam menjalankan operasi harian syarikat penyelesaian HR terkemuka di dunia dan membantu membentuk dunia pekerjaan masa depan.

Bermula pada bulan Februari, proses pemilihan CEO untuk Satu Bulan pada tahun ini disesuaikan selaras dengan keperluan COVID-19 dan menggunakan situasi tersebut untuk menolong anak muda memikirkan apakah ertinya memimpin dalam masa-masa yang mencabar. Prosesnya bermula apabila 34 pemimpin muda masa depan yang berbakat dipilih untuk membayangi CEO negara Adecco Group masing-masing. Sepuluh peserta akhir kemudian dipilih untuk mengambil bahagian dalam ‘kem latihan global maya’ pada minggu ini, yang membawa mereka melalui satu siri penilaian dan latihan untuk menguji kemampuan mereka dan mengembangkan potensi kepimpinan mereka. Pada penutup kem latihan tersebut, Jordan telah terpilih sebagai CEO Global selama Satu Bulan.

Program tahun ini dianjurkan pada saat memerlukan perubahan besar di tempat kerja dan dalam dunia pekerjaan pasca pandemik – terutamanya yang berkaitan dengan jangkaan pemimpin dan apa yang diperlukan untuk berjaya.

Pendekatan arahan dan kawalan pada masa lalu dengan cepat telah beralih ke model kepimpinan yang lebih tersasar. Menjadi seorang ‘pemimpin dengan EQ yang tinggi’ adalah sangat penting, dengan empati, kepercayaan dan fokus pada kesejahteraan dan pembinaan budaya yang kritikal. Kajian daripada Adecco Group menunjukkan bahawa pandemik ini menuntut satu rangkaian baharu dalam kompetensi kepimpinan yang diperlukan dan bahawa jangkaan ini akan mempercepat penemuan semula pemimpin moden:

  • 74% daripada para pekerja mahukan pengurus mereka menunjukkan gaya kepimpinan yang memberi fokus pada empati dan menunjukkan sikap menyokong
  • 70% daripada para pekerja mengatakan bahawa sokongan untuk kesejahteraan mental mereka akan menjadi penting bagi mereka setelah berlakunya pandemik tersebut.

Kajian lebih lanjut yang dijalankan oleh Adecco Group yang menilai pemimpin masa depan ‘Gen Z’, mendapati bahawa ramai orang muda telah memiliki banyak sifat yang diperlukan untuk berjaya. Laporan tersebut mendapati bahawa dalam banyak bidang, termasuk penaakulan deduktif dan bagaimana pandangan dunia diproses dan diterapkan dalam masalah strategik, kumpulan ‘Gen Z’ menunjukkan sifat kepimpinan yang lebih kuat berbanding kebanyakan pemimpin perniagaan pada masa sekarang.

Mengulas tentang pengumuman hari ini, CEO Adecco Group, Alain Dehaze, berkata:

“Saya sangat gembira untuk mengalu-alukan Jordan ke Adecco Group dan saya tidak sabar untuk bekerja di sampingnya dan belajar daripada pandangannya tentang masa depan kerja dan kepimpinan. Pengumuman CEO untuk Satu Bulan tahun ini datang pada waktu yang sangat penting, dengan dunia pekerjaan yang mungkin tidak akan pernah kembali ke tahap “normal” sebagaimana yang kita tahu sebelum pandemik ini. Khususnya, perubahan mendadak dan dramatik dalam landskap di tempat kerja telah mempercepat permintaan profil kepimpinan baharu. Pemimpin zaman moden perlu mencipta semula diri dengan fokus pada kecerdasan emosi dan pembangunan kemahiran insan akan menjadi penting. Sekarang di tahun kesepuluh, program CEO untuk Satu Bulan adalah peluang terbaik untuk mengenal pasti, membangun dan belajar daripada pemimpin masa depan, ketika mereka bersiap sedia untuk memimpin dalam masa depan yang tidak pasti.”

CEO Global untuk Satu Bulan tahun 2020, Jordan Topoleski berkata:

“Saya sangat gembira menjadi CEO untuk Satu Bulan seterusnya, terutamanya di sebuah syarikat yang berada di barisan hadapan dalam perubahan semasa yang berlaku di seluruh dunia pekerjaan. Ini adalah saat yang bersejarah dan sangat mencabar untuk menjadi pemimpin dan saya sangat berharap dapat mengasah kemahiran saya sendiri dan membantu membentuk masa depan pekerjaan.”

Tentang CEO untuk Satu Bulan
Program ‘CEO untuk Satu Bulan‘ bermula sebagai inisiatif tempatan di Norway pada tahun 2011 dan menjadi global pada tahun 2014, dan sejak itu berkembang menjadi inisiatif yang unggul untuk Adecco Group. Ia menyokong golongan muda yang berpotensi tinggi untuk meningkatkan pasaran pekerjaan dan prospek kerjaya mereka melalui pembelajaran berasaskan kerja yang sangat berkesan. Ia beroperasi di bawah Adecco Group Foundation yang bertujuan untuk meningkatkan kesediaan orang muda dan populasi lain yang tidak berkelayakan bagi menghadapi alam pekerjaan. Permohonan untuk program tersebut bagi tahun 2020 adalah melebihi 200,000.

Laman web: www.ceofor1month.com

Facebook: https://www.facebook.com/ceofor1month

Twitter: https://twitter.com/CEOfor1Month

Instagram: https://www.instagram.com/ceofor1month/

Tentang Adecco Group

Adecco Group adalah sebuah syarikat penyelesaian HR terkemuka di dunia. Kami percaya dapat mencipta peluang pekerjaan di masa depan untuk semua orang dan setiap hari mencipta lebih daripada 3.5 juta peluang kerjaya. Kami memberi kemahiran, membangunkan dan melantik bakat di 60 buah negara, yang membolehkan banyak organisasi menerapkan masa depan pekerjaan. Sebagai sebuah syarikat Fortune Global 500, kami memimpin dengan menunjukkan contoh teladan, mencipta nilai bersama yang mendorong ekonomi dan membina masyarakat yang lebih baik. Budaya inklusif, keusahawanan dan kerja berpasukan kami telah memberi kekuatan kepada 35,000 pekerja kami. Kami amat berbangga dengan pengiktirafan tempat pertama secara konsisten sebagai salah satu ‘Tempat Kerja Terbaik di Dunia’ oleh Great Place to Work®.

Adecco Group AG beribu pejabat di Zurich, Switzerland (ISIN: CH0012138605) dan disenaraikan di SIX Swiss Exchange (ADEN) dan dikuasakan oleh sembilan jenama global: Adecco, Adia, Badenoch + Clark, General Assembly, Lee Hecht Harrison, Modis, Pontoon, Spring Professional dan Vettery.

Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi:

Pejabat Akhbar Adecco Group: media@adeccogroup.com atau +41 (0) 44 878 87 87
Laman web: www.adeccogroup.com
Facebook: https://www.facebook.com/theadeccogroup
Twitter
: @AdeccoGroup

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/adecco-group-mengumumkan-jordan-topoleski-20-dari-amerika-syarikat-sebagai-ketua-pegawai-eksekutif-ceo-untuk-satu-bulan-tahun-2020.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources New products/services Survey, Polls & Research

Source: PRNEWSWIRE

You might also like