
Edisi Khas IFA 2020 – Buat pertama kalinya sejak krisis Corona bermula, pameran perdagangan terkemuka global untuk elektronik pengguna akan membuka pintunya
![]() |
– Bahan video IFA untuk wartawan boleh diperolehi di Pusat Penyiaran Global IFA
BERLIN, 3 September 2020 /PRNewswire/ — Edisi Khas IFA 2020 ialah pameran global utama yang pertama untuk elektronik pengguna dan kediaman yang akan berlangsung secara fizikal sejak pandemik ini. Dari 3 September hingga 5 September, jenama yang hebat dan syarikat yang baharu bermula akan memaparkan perkara baharu, kecenderungan dan sorotan syarikat mereka di tempat pameran Berlin.
“Setelah semua pembatalan acara, industri kami sangat memerlukan platform ini untuk menyampaikan inovasi. Acara maya pastinya memberi manfaat, tetapi tidak mempunyai hubungan emosi,” kata Pengarah Jens Heithecker.
Pada tahun ini, persoalan utama ialah: Inovasi manakah yang terbukti berjaya dalam “normal baharu” ekoran daripada situasi pasca COVID 19 ini?
Oleh kerana kepentingan baharu tempat tinggal kita dan ledakan perkakasan rumah, tumpuan utama adalah pada aplikasi dan produk rumah pintar yang mempunyai pengaruh positif terhadap suasana kehidupan. Selain itu, fokus juga adalah terhadap teknologi canggih, seperti perkara berkaitan Internet, 5G, Realiti Campuran, AI dan robotik yang akan merancang semula dunia dalam era pekerjaan dan pembelajaran digital, teleperubatan dan kesihatan digital.
Jumlah peserta ialah terhad, kerana kesihatan dan keselamatan ialah keutamaan tinggi. Walaupun begitu, akan ada acara langsung bukan maya yang akan memfokuskan pada fungsi teras B2B IFA.
Inovasi merentasi industri akan dibentangkan semasa platform SHIFT Mobility bertemu dengan platform IFA NEXT. Untuk pertama kalinya, kedua-dua platform, teknologi yang akan mengubah mobiliti (SHIFT) dan produk, konsep dan penyelesaian berorientasikan masa depan daripada syarikat berteknologi tinggi, syarikat baharu dan institut penyelidikan (IFA NEXT) akan digabungkan dan akan berfungsi sebagai rangkaian pakar.
Komponen acara ini ditujukan untuk pengunjung perdagangan. Wakil media dapat menikmati produk terkini, taklimat akhbar dan ucaptama IFA secara langsung di Persidangan Akhbar Global IFA.
Di Pusat Penyiaran Global, rakan media TVT.media akan menyediakan bahan imej bergerak yang banyak secara percuma dan hak kepada wartawan yang akan melaporkan IFA 2020.
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/edisi-khas-ifa-2020-buat-pertama-kalinya-sejak-krisis-corona-bermula-pameran-perdagangan-terkemuka-global-untuk-elektronik-pengguna-akan-membuka-pintunya-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/edisi-khas-ifa-2020-buat-pertama-kalinya-sejak-krisis-corona-bermula-pameran-perdagangan-terkemuka-global-untuk-elektronik-pengguna-akan-membuka-pintunya.jpg
Michael Mueller-Jaeger
TVT.media
Tel.: +49 (0)173-2515900
Mel: mmj@tvtmedia.de

Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Telecommunications New products/services Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events
Source: PRNEWSWIRE


