Arria NLG perkenal ciri tambahan Microsoft Excel bawakan ringkasan bahasa tabii dan pengautomatan laporan dinamik, atas permintaan ke lembaran hamparan

Integrasi baharu menukarkan data Excel kepada naratif kontekstual yang mengurangkan masa yang diambil untuk mengenal pasti dan menyampaikan pandangan penting 

MORRISTOWN, New Jersey, 3 September 2020 /PRNewswire/ — Arria NLG hari ini memperkenalkan Arria for Excel, ciri tambahan Microsoft Office yang memberi fungsi penjanaan bahasa tabii (NLG) kepada mana-mana pengguna Microsoft Excel.

Arria brings the power of language to the most widely adopted business analytics tool! Arria for Excel gives you the ability to instantly narrate Excel spreadsheets, easily export directly to Word or PowerPoint, enjoy timely financial report automation and more!
Arria brings the power of language to the most widely adopted business analytics tool! Arria for Excel gives you the ability to instantly narrate Excel spreadsheets, easily export directly to Word or PowerPoint, enjoy timely financial report automation and more!

Pengguna di seluruh dunia bergantung pada fungsian mantap dan reka bentuk intuitif Microsoft Excel untuk membantu mereka menganalisis dan memahami data. Ciri tambahan Arria memberi pemahaman data kepada orang ramai.

Arria for Excel menambah ringkasan bahasa tabii dan pengautomatan laporan terus dalam lembaran kerja, serta merta mengubah jumlah data menjadi naratif berwawasan. Pengguna boleh menyesuaikan naratif mengikut audiens tertentu, memberi analisis ulasan kontekstual dan penjelasan yang bukan sahaja tidak dapat dibezakan daripada yang dicipta oleh pakar bidang khusus, tetapi turut dicipta dalam beberapa saat.

Untuk golongan profesional perusahaan, Excel berakar umbi sebagai alatan analitik perniagaan yang paling banyak digunakan dan merupakan alatan andal untuk setiap penganalisis bagi sokongan keputusan dan pelaporan. Arria meningkatkan aliran kerja Excel sedia ada dengan:

  1. Ketekalan dan ketepatan. Penulis laporan generasi seterusnya yang mengautomasikan ringkasan kewangan dipacu data secara dinamik. Amalan terbaik dikuasai dan dikekalkan. Perubahan pada saat-saat terakhir tidak lagi memberi tekanan.
  2. Ketepatan pelaporan. Laporan kewangan perlu tersedia tepat pada masanya untuk memaklumkan pembuatan keputusan. Oleh itu, laporan kewangan kini dapat diterbitkan secepat mungkin selepas akhir tempoh pelaporan.
  3. Perkongsian pasukan. Dengan jumlah data yang berubah-ubah pada kadar yang belum pernah terjadi sebelum ini, penyampaian maklumat berwawasan merentas perusahaan memberi kejelasan dan keyakinan pada waktu-waktu yang tidak menentu.

Sekiranya anda seperti kebanyakan orang, kali pertama anda menggunakannya, anda akan tertanya-tanya bagaimana anda dapat meneruskan tanpanya. Ia benar-benar merupakan satu penambahan hebat kepada perisian, meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kepantasan secara mendadak untuk pembuatan keputusan.

“Agar data mempunyai nilai, perusahaan haruslah dapat mengekstrak pandangan bermakna yang membawa kepada hasil perniagaan yang positif,” kata Sharon Daniels, Ketua Pegawai Eksekutif, Arria NLG. “Mereka perlu mengurangkan masa yang diambil untuk mendapatkan pandangan tersebut dan mengambil tindakan.”

Perniagaan yang menghasilkan analisis dan laporan dengan jadual dan carta asas yang tidak mempunyai analitik bahasa termaju adalah kurang kompetitif. Memadankan teknologi Arria NLG dengan Excel menghapuskan kekangan ini dengan meningkatkan analisis rumit dengan naratif yang mudah difahami terus dalam lembaran kerja.

Dalam zaman yang sentiasa berubah-ubah, perniagaan dan kerajaan beralih kepada teknologi untuk memudahkan dan mengoperasikan apa yang dahulunya rumit dan memakan masa. Arria for Excel berpotensi untuk mendorong pengalaman pengguna dengan alatan analitik terimbuh generasi seterusnya bagi memperluaskan faedah-faedah kepada audiens yang lebih luas.

Untuk butiran, sila kunjungi: https://www.arria.com/excel/

Latar Belakang Arria NLG 

Arria NLG ialah suatu bentuk kecerdasan buatan yang mengubah data berstruktur menjadi bahasa tabii. Melalui analisis data, pengautomatan pengetahuan, penjanaan bahasa dan penyampaian maklumat yang disesuaikan, perisian Arria mereplikasi proses manusia dalam menganalisis dan menyampaikan pandangan data dengan mahir. Arria menukarkan data secara dinamik menjadi naratif bertulis atau lisan pada kepantasan mesin dan secara meluas dengan memberikan data dengan kuasa bahasa.

Platform Arria NLG memberi keupayaan kepada anda untuk memanfaatkan aplikasi luar-kotak prabina—atau, anda boleh mencipta dan menyesuaikan projek-projek anda. Arria mempunyai senarai pelanggan dan rakan kongsi global yang berkembang pesat bagi menyediakan penyelesaian merentas pelbagai industri termasuk; perbankan, perkhidmatan kewangan, insurans, farmaseutikal, barangan produk pengguna, berita dan media.

Hubungan Media: Jenn Mastrangelo
jennifer.mastrangelo@arria.com

SUMBER Arria NLG

Pautan Berkaitan

https://www.arria.com/excel/ 

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/arria-nlg-perkenal-ciri-tambahan-microsoft-excel-bawakan-ringkasan-bahasa-tabii-dan-pengautomatan-laporan-dinamik-atas-permintaan-ke-lembaran-hamparan-1.jpg  
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/arria-nlg-perkenal-ciri-tambahan-microsoft-excel-bawakan-ringkasan-bahasa-tabii-dan-pengautomatan-laporan-dinamik-atas-permintaan-ke-lembaran-hamparan.jpg 

Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Accounting news, issues New products/services Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like