
Reviu Eksklusif: samsung Galaxy Tab S7+ Sebuah Peranti Wajib Beli?
Pada ketika ini, sudah banyak peranti pintar di pasaran dan boleh melakukan pelbagai fungsi. Jadi sejauh manakah kepentingan korang untuk beli Samsung Galaxy Tab S7+? Adakah wajar untuk korang beli? Jom kita tengok macam mana!!!

Besar & Ringan
Kalau dilihat, rekaan Samsung Galaxy Tab S7+ ini tampak lebih besar dengan ukuran yang ditampilkan adalah 12.4″. Sungguhpun begitu, ia sangat ringan dengan berat hanya 575g sahaja.

Susunan kamera tampak lebih kemas di bahagian bucu dengan perincian yang lebih elegan.
Sedikit pelik jika melekatkan S Pen di bahagian belakang, namun ia bukan masalah yang besar. Jom tengok rekaan penuh peranti ini!!
Paparan Terbaik Pada Tab!!!
Menariknya, peranti ini hadir dengan saiz skrin sebesar 12.4″ dan hadir dengan WQXGA+ yang mana ia memberikan tontonan terbaik. Ia turut dihadirkan HDR10+. Kualiti yang dipamerkan sangat awesome giler apabila warna yang dihasilkan sangat jelas dan vibrant. Dengan saiz yang sangat besar, memberikan lebih lagi kepuasaan.
Lebih best lagi, paparan skrin ini turut dihadirkan dengan 120Hz. Penggunaan paparan ini lebih lancar dan respond yang lebih efisen. Tiada lag dan pengalaman penggunaan lebih menarik.
Pemproses paling Berkuasa Bagi Tab!

Bagi korang yang tidak mengetahui, Galaxy Tab S7+ ini tampil dengan pemproses yang sangat berkuasa iaitu QUalcomm Snapdragon 865+ dan dipadankan dengan RAM sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 256GB. Pastinya ia mampu memproses dengan sangat pantas dan mengurangkan lag. Tiada juga masalah ketika anda mahu melakukan multi tasking.
Kami melakukan ujian ke atas peranti ini menggunakan Geekbench dan pastinya ia mempamerkan prestasi yang sngat baik. tengok ni!!
Kualiti Audio TipTop!

Perkara ini antara yang rare yang ada pada Sebuah tab iaitu kualiti audio yang kuat jelas dan crispy. itulah yang anda akan dapat pada peranti ini. Kualiti audio yang sangat bagus dan kuat sesuai bagi mereka yang ingin menonton video. Tidak hairanlah sistem bunyinya adalah dari AKG dan Dolby Atmos. Tak percaya? Tengok ni!!!
Kamera Not Bad!
Sungguhpun ia merupakan sebuah tab yang tidak memberikan fokus bagi penggunaan kamera, tapi korang tak perlu bimbang kerana ia turut mempamerkan kuasa kmaera yang baik. Tampil dengan 13MP + 5MP bagi kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan.
Jika anda dapat lihat hasil gambar peranti ini sangat baik, dengan imej yang terhasil sangat baik perincian dan warnanya.
S Pen Terbaek Pernah Ada Pada Tab!!

Ini adalah antara sorotan bagi peranti ini. S Pen ini sangat baik kerana ia adalah low latency. S Pen ini lebih selesa di pegang dan digunakan. Ketika menulis atau melukis, ia lebih lancar tanpa ada lag disebabkan peranti ini hadir dengan kadar segar semula 120Hz.
Jadi mereka yang banyak menggunakan pen untuk melakukan tugasan, ini adalah jawapan buat anda. Pastinya ia mampu menepati fungsi yang diperlukan oleh anda.
Bateri Giler Besar!!!
Korang tak perlu risau mengenai kapasiti bateri kerana ia tampil dengan kapasiti yang sangat besar iaitu 10090mAh yang mana ia mampu bertahan sehingga 14 jam video playback. Kami melakukan ujian pengecasan.
Kami mula mengecas pada jam 7:57 pagi ketika bateri berada pada 64%. Ia di cas penuh 100% pada jam 9:15 pagi. Mengambil masa hanya selama 1 jam 18 minit.
Apa Kata Editor!

Secara keseluruhan, ia tampil dengan prestasi yang sangat cemerlang dan boleh dikatakan antara yang terbaik bagi tab. Kuasa dalaman, paparan, bunyi dan rekaan pastinya membuatkan ia berbaloi untuk dimiliki!










