Maxis Jalin Kerjasama Dengan Penyedia Penyelesaian Ekosistem IoT

Maxis akan bekerjasama dengan penyedia penyelesaian IoT untuk mengukuhkan lagi ekosistem IoT perniagaan dengan menawarkan penyelesaian inovatif.

Ketua Penyelesaian Perniagaan, Perusahaan Maxis, Claire Featherstone, berkata berdasarkan rekod prestasi Maxis dalam industri IoT dan kepakaran melalui perkongsian dengan Vodafone, penyedia penyelesaian yang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi berkenaan berpotensi menambah lagi jumlah pelanggannya.

Penawaran IoT Maxis termasuk mDrive, satu penyelesaian pengesanan kenderaan yang digunakan oleh Maxis secara dalaman untuk operasi perniagaannya sendiri. Penyelesaian pengesanan ini membolehkan perniagaan mengurangkan kos dan menggalakkan tingkah laku pemanduan yang lebih selamat dalam pengurusan pengangkutan sesebuah syarikat.

Pengarah Bahagian Ekonomi Data MDEC, Dr Karl Ng berkata: “Penggunaan teknologi data (IoT, Analisis Data Raya dan Kecerdasan Buatan) adalah mengenai mencipta nilai daripada data.

“Kami gembira menyaksikan kerjasama serta perkongsian pengalaman dan wawasan bagi peluang perniagaan IoT peringkat tempatan dan global yang senada dengan misi MDEC untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya.

You might also like