
Jikalau penurunan harga untuk siri iPhone 6 dan 7 masih tidak memenuhi bajet anda, mungkin Switch boleh bantu.
Pengedar sah Apple di Malaysia ini telah menawarkan iPhone 6s Plus pada harga RM2099 sahaja, penurunan harga sebanyak RM650 berbanding harga asal yang dijual pada Apple Malaysia iaitu RM2749.
Penawaran harga eksklusif kali ini hanya pada model iPhone 6s Plus 32GB, berwarna Space Grey sahaja. Yang berminat boleh dapatkan di laman e-dagang Switch, atau membeli di cawangan Switch yang berdekatan anda di seluruh Malaysia.
Spesifikasi iPhone 6s Plus:
- Apple A9, M9 Motion coprocessor
- 5.5 inci skrin Retina HD
- 3D Touch, Touch ID
- Kamera utama 12MP sokong OIS & Dual LED
- Kamera depan 5MP sokong FaceTime HD
- Rakaman video 4K
- Bateri 2750mAh

