Samsung Galaxy S8 Mula Menerima Kemas Kini Android 8.0 Oreo

Pada Disember tahun lalu, Samsung telah mengesahkan bahawa peranti Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ akan menerima kemaskini Android Oreo. Selepas hampir dua bulan pengumuman dibuat, peranti pertama yang dikemas kini oleh Samsung ialah Galaxy S8.

Syarikat dari Korea itu mula menawarkan kemas kini terbaru Android 8.0 Oreo kepada para pengguna Galaxy S8 di Jerman terlebih dahulu. Kemaskini ini akan hadir mengikut kawasan dengan versi firmware G955XXU1CRAP yang selari dengan model Galaxy S8 di Jerman.

Pengguna sistem operasi Android 8.0 Oreo dijangka akan menikmati prestasi lebih baik dari Nougat dengan pengurusan penggunaan bateri yang dinaik taraf. Malah pengguna juga dapat pengalaman menggunakan Samsung Experience 9.0.

You might also like