Huawei P smart Merupakan Model Huawei Enjoy 7S Untuk Pasaran Global

Seperti yang kita semua sedia maklum, Huawei Enjoy 7S telah dilancarkan secara rasmi di China dan sesi pra-tempah model tersebut sudahpun bermula pada 22 Disember yang lalu. Sama seperti Huawei Nova 2i, model ini juga turut menampilkan skrin dengan nisbah paparan 18:9 berukuran 5.65 inci. Huawei Enjoy 7S dengan sokongan pemproses HiSilicon Kirin 659 ini juga turut diperkenalkan dalam dua varian berbeza iaitu 32GB + RAM 3GB dan juga 64GB + RAM 4GB.

Baru-baru ini ada sumber yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Huawei Enjoy 7S akan turut dijual untuk pasaran global dengan menggunakan nama Huawei P smart. Sungguhpun begitu tiada sebarang maklumat lanjut mengenai ketersediaan dan juga harga untuk model ini.

You might also like