Adakah Ini Rupa Samsung Galaxy S9 Dan S9+?

Selepas kejayaan dalam penjualan Samsung Galaxy Note8 tahun ini, Samsung kini sedang fokus dalam penghasilan Galaxy S9. Peranti yang juga flagship untuk syarikat Korea ini kini menjadi topik hangat iaitu adakah ia akan menggunakan rekaan seperti iPhone X?

Baru-baru ini di arena sesawang ada mengatakan Samsung Galaxy S9 akan hadir di pasaran global penggal pertama tahun hadapan. Peranti ini tidak akan menggunakan paparan penuh di depan sebaliknya masih mengekalkan identiti seperti apa yang boleh dilihat pada Galaxy S8 – cuma bingkai telah dinipiskan sedikit dan tidak bersegi.

Warna-warna yang bakal dikeluarkan

Apa yang boleh dijangkakan, siri Galaxy terbaru ini akan didatangkan dengan dua model iaitu Galaxy S9 dan Galaxy S9+. Dua model ini dibezakan dengan saiz paparan, dan paling jelas ialah kehadiran kamera utamanya. Dwi kamera yang mana telah digunakan pada Note8 akan diguna pakai pada S9+ manakala S9 hanya dibekalkan dengan satu lensa sahaja.

Berbalik kepada rekaan hadapan, Samsung kemungkinan tidak akan memasukkan paparan 4K oleh kerana ekosistem Gear VR masih lagi belum menyokongnya – jadi, tahun hadapan bukan tahun untuk Samsung menggunakan paparan tersebut.

Selain itu, ura-ura yang mengatakan Galaxy S9 akan mengguna pakai pengimbas cap jari di bawah skrin adalah tipis sama sekali. Samsung mengambil keputusan untuk menangguhkan integrasi tersebut dan hanya meletakkan cap jari biometrik di panel belakang.

Untuk perkakasan dalaman, Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan dikuasakan oleh cip pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 845 dan kapasiti RAM sebanyak 6GB (sekurang-kurangnya) dan storan bermula dengan 64GB. Sistem operasi pula dijana Android Oreo disamping antaramuka TouchWiz versi 8.1.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja pengumuman dari pihak Samsung di masa akan datang.

You might also like