Artis Tempatan Pertama Wakili Jenama honor Akan Didedahkan Sempena Pelancaran Rasmi Honor 7X

Bersempena dengan majlis pelancaran rasmi honor 7X yang akan berlangsung di Malaysia pada 12 Disember ini, honor Malaysia akan mendedahkan artis tempatan yang pertama untuk mewakili jenama tersebut. Walaupun nama artis itu masih lagi dirahsiakan pada masa ini, honor Malaysia telah berkongsi bahawa beliau merupakan seorang penyanyi, rapper, artis grafiti, komposer dan juga seorang penerbit, yang telah membawakan arena hip hop Malaysia ke satu peringkat yang seterusnya, bersesuaian dengan semangat ‘trendsetting’ yang dibawa oleh jenama honor. Jadi agaknya siapakah artis tempatan yang dimaksudkan itu?! Nantikan pendedahan yang akan dibuat oleh eRing di dalam majlis pelancaran rasmi honor 7X itu nanti…

You might also like