Lebih 300 Juta Pengguna Aktif MIUI Di Seluruh Dunia

MIUI adalah paparan antaramuka yang dikeluarkan oleh pengeluar Xiaomi untuk pengguna OS Android. Berkongsi mengenai statistik terkini, CEO Lei Jun mengatakan MIUI kini mempunyai lebih dari 300 juta orang pengguna aktif di seluruh dunia.

Ia bertambah sebanyak 100 juta pengguna baru berbanding 200 juta pengguna aktif pada Mei 2016. Buat pengetahuan anda, MIUI versi terkini yang ditawarkan oleh Xiaomi adalah MIUI 9 dan ia turut ditawarkan untuk beberapa peranti keluaran mereka.

You might also like