

Apple iPhone X akhirnya menemui pengguna Malaysia bermula pada hari ini. Walaupun harga yang agak premium, sambutannya agak sangat luar biasa berbanding iPhone 8 dan 8 Plus yang dilancarkan sebelum ini.
Buat syarikat telco, seperti yang dijangka terdapat pelbagai tawaran dan promosi yang menarik buat pengguna setia meraka. Apa yang menarik hati kami adalah usaha seorang gadis untuk menjadi yang terawal mendapatkan Apple iPhone X.
Menurut Celcom, gadis ini telah mula beratur di Celcom Blue Cube Cawangan Sunway Pyramid 4 hari sebelum pelancaran rasminya dan dia berjaya membeli iPhone X dengan harga RM10. Wowwww….

Selain itu, terdapat seorang lagi wanita yang juga berjaya mendapatkan iPhone X dengan harga RM10 iaitu Imee Juiana Tajuddin. Dia adalah pelanggan pertama Celcom yang menempah iPhone X secara atas talian di laman sesawang Celcom. Kepada yang berminat untuk membeli iPhone X secara ansuran, layari sahaja Celcom.

