
Google I/O 2016: Android Auto Untuk Semua
Google juga mengumumkan perkembangan semasa sistem Android Auto yang kini boleh digunakan walaupun anda tidak memiliki kenderaan yang compatible dengan Android Auto.
Aplikasi tersebut kini boleh digunakan melalui smartphone anda dan ia juga dilengkapi dengan servis Waze yang terbina di dalamnya. Dengan ini pemandu dengan mudah dapat melihat maklumat semasa trafik seperti kesesakan lalu lintas, halangan jalan, kemalangan dan juga shhhhh (operasi polis).
Selain itu Google juga mengumumkan bahawa Android Auto kini boleh berhubung dengan kenderaan menggunakan sambungan WiFi selain cara tradisional menggunakan sambungan kabel USB.
Baca Juga:

