honor 8 Pro Akan Menerima Android Oreo Tidak Lama Lagi

Honor Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa peranti terlaris mereka, honor 8 Pro akan menerima Android 8.0 Oreo tidak lama lagi. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Ketua honor Malaysia iaitu George Zhao di pejabatnya semalam.

Android 8.0 Oreo merupakan sebuah perisian terbaru keluaran Google yang menawarkan beberapa ciri baru yang lebih produktif serta berinovasi. Menerusi Android Oreo, ia mampu memberi perlindungan ekstra dalam keselamatan peranti dan Google sendiri menyatakan ia juga mampu mengimbas 50 juta aplikasi di dalam Google Play sehari serta menyekatnya.

 

 

Honor 8 Pro yang dilengkapi dengan pemproses Kirin 960 bersama memori RAM sebesar 6GB akan meningkatkan lagi prestasi honor 8 Pro lantas pengguna juga akan menikmati pengalaman mudah alih di tahap yang lebih tinggi. Dengan bateri berkapasiti 4,000mAh serta Android 8.0 Oreo nanti, penggunaan kuasa akan menjadi lebih efisyen dan lebih jimat.

Honor 8 Pro dijual dengan tanda harga RM1,999 di Vmall dan kedai atas talian serta pengedar-pengedar sah seluruh Malaysia. Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh menyemaknya di laman Facebook honor.

Baca sekali : Panggilan Dan Liputan Pada Honor 8 Pro Kini Lebih Baik Dengan VoLTE

You might also like