
Google Pixel 2 Akan Diperkenalkan 4 Oktober Depan?

Kehadiran peranti Google Pixel di arena telefon pintar global banyak memberi saingan kepada model-model lain. Ianya bukan sahaja menawarkan antaramuka Android tulen yang kemas malah, ia juga sering mendapat kemas kini terbaru oleh Google sendiri.
Lihat sahaja pada kejayaan Google Pixel generasi sulung, pada mulanya ramai memandang rendah prestasinya berbanding flagship lain. Apa tidaknya, rekaan luar yang agak ketinggalan pada masa itu, membuatkan ia kurang mendapat perhatian.

Melalui satu kongsian gambar yang baru sahaja tersebar, Google dikatakan telah meletakkan satu iklan besar di sebuah bangunan di Boston, AS yang melihatkan satu ayat ringkas yang berbunyi “Tanyakan lebih banyak lagi pada telefon anda” diikuti simbol Google dan tarikh di bawahnya.
Secara tidak langsung, ramai mengatakan ianya sebuah acara pelancaran telefon pintar terbaru, Google Pixel 2. Kebetulan, model tahun lepas juga dilancarkan pada tarikh yang sama.
Bagaimanapun, kita tunggu sahaja khabar selanjutnya mengenai peranti induk dari Google ini.

