Android One Bukan Sahaja Xiaomi Ada, Motorola Juga!!!

Pada IFA 2017 yang baru sahaja menutup tirai, Lenovo telah memperkenalkan Moto X4 yang hadir dengan spesifikasi pertengahan dengan rekaan tampak premium. Tetapi, baru-baru ini @evleaks berkongsi pula sekeping gambar Moto X4 versi Android One di Twitter-nya.

Baca Juga: IFA 2017: Moto X4 Diperkenalkan – Menyediakan Sistem Dwi Kamera Serta Kalis Air

Ketirisan ini amat mengejutkan semua peminat Android, apatah lagi kehadiran peranti Android One Xiaomi Mi A1 yang baru sahaja dilancarkan rasmi di pasaran India telah berjaya menarik minat ramai orang di seluruh dunia.

Baca Juga: Xiaomi Mi A1 Akan Masuk Malaysia Akhir September Ini Tanpa MIUI

Walaupun masih tidak diketahui lagi apakah kelebihan pada model ini, tetapi yang pasti Moto X4 versi Android One ini juga akan menawarkan antaramuka natif Android. Dengan perkembangan ini, adakah kita akan melihat lebih banyak peranti Android One hadir ke pasaran kelak?

You might also like