
SwiftKey Perkenal Aplikasi Papan Kekunci Swiftmoji Untuk Ramalan Emoji
Bagi peminat aplikasi popular papan kekunci SwiftKey, kini anda boleh mencuba aplikasi terbarunya yang dikenali sebagai Swiftmoji. Untuk menggunakan aplikasi Swiftmoji yang masih lagi dalam peringkat pengujiam ini, anda terlebih dahulu menyertai program SwiftKey Beta.
Berdasarkan kepada pengalaman penggunaan Swiftmoji ini, ia sebenarnya masih lagi mengekalkan ciri-ciri papan kekunci yang tersedia pada SwiftKey tetapi kini ia telah ditambah dengan satu lagi fungsi terbaru yang mampu meramalkan emoji bersesuaian berdasarkan kepada perkataa yang ditaip.
Lebih menariknya, bar ramalan emoji yang dipaparkan boleh dipisahkan dan ditempatkan pada mana-mana bahagian yang anda kehendaki. Dengan adanya sokongan Swiftmoji ini, anda bukan sahaja boleh menggunakan yang lebih bersesuaian dengan perkataan yang digunakan tetapi ia juga turut memastikan penggunaan pelbagai jenis emoji dan tidak menyebabkan penggunaan emoji yang sama pada setiap kali anda bermesej.
Muat Turun SwiftKey Beta:

