Beli Peranti Motorola Dan Dapatkan Rebat Sehingga RM947!

Satu minggu lagi kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan, begitu juga Motorola menyambut anda dengan mengadakan promosi yang menarik. Bermula 25 Ogos (esok) sehingga 30 September depan, anda ditawarkan hadiah bernilai sehingga RM947 apabila membeli telefon pintar Moto.

Dapatkan Incipio Power Pack Moto Mod yang bernilai RM499 apabila anda membeli Moto Z atau Moto Z Play. Malah, untuk kesemua model Moto dan Lenovo akan didatangkan bersama jaminan tambahan selama 12 bulan bernilai RM448 bagi sebarang kerosakan yang tidak sengaja. Ditambah pula, anda juga akan membawa pulang satu pakej hadiah istimewa merupakan kad microSD 16GB, payung, backpack, sarung boleh lipat, pelindung skrin (tempered glass) dan pelindung skrin plastik.

Promosi hebat ini hanya diadakan pada bulan Kemerdekaan, dan pelanggan dinasihatkan segera ke kedai-kedai sah terpilih yang mengambil bahagian. Layari Facebook Motorola Malaysia untuk sebarang kemas kini serta berita lanjut.

You might also like