Youtube Kelak Boleh Dimainkan Di Dalam WhatsApp

Agak leceh juga jika kenalan WhatsApp anda menghantar video melalui pautan Youtube, seterusnya anda perlu memainkannya di halaman yang berlainan. Perkara ini selalu terjadi kepada para pengguna iPhone atau iPad yang menggunakan platfom iOS, sebaliknya pengguna Android yang mempunyai ciri split screen tidak menghadapi sebarang masalah.

Dikhabarkan WhatsApp sedang menguji ciri menarik ini yang membolehkan pengguna menonton video Youtube terus dari tetingkap perbualan. Selain itu, ia juga menawarkan pengguna untuk ‘pinch-to-zoom’, mod skrin penuh, atau ‘hide outgoing playback’ sambil menaip mesej. Bagaimanapun, ciri ini akan hilang sekiranya anda bertukar perbualan dengan orang lain.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna iOS sahaja yang mendapat akses seperti ini, contohnya sesorang itu menggunakan iPhone 6 dan keatas. Namun, WhatsApp masih belum memberi sebarang maklumat tentang ciri ini kepada pengguna di platfom Android.

Sekiranya ciri ini diperkenakan secara meluas di iOS, kami pasti anda mungkin akan teruja dan gembira bukan?!

You might also like