
ZTE Grand X View 2 Diumumkan – Paparan 8 Inci Dan Pemproses 8 Teras
ZTE hari ini melancarkan tablet terbaru yang diberi nama Grand X View 2 yang dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 210 empat teras 1.3GHz. Skrin sentuh bersaiz 8 inci beresolusi 1280 x 800 hadir bersama 1GB RAM, di samping ruangan storan 8GB mampu menyokong kad microSD sehingga 128GB.
Lensa kamera utama dilengkapi 5 Megapiksel dan depan pula menggunakan lensa 2 Megapiksel sahaja. Kuasa yang disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,620mAh menghidupkan peranti Android 7.1.1 Nougat ini. Buat masa ini, hanya pasaran Kanada sahaja yang diperkenalkan dan untuk pasaran lain masih belum diketahui. ZTE Grand X View 2 melengkapkan spesifikasi dengan harga CAD179.99 (lebih kurang RM602) seunit.

