

Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan kerjasama telah dijalinkan bersama perkhidmatan pengangkutan digital, Grab. Jalinan ini akan memberikan pelanggan Celcom juga pengguna Grab atau pemandu Grab menikmati manfaat yang istimewa.
Semua pelanggan Celcom yang menggunakan rangkaian Lightning Fast 4G LTE akan menikmati caj percuma untuk kuota Internet pada aplikasi Grab. Selain itu, khidmat GrabCar secara percuma dan diskaun akan diberikan kepada pengguna yang setia.
Celcom Memperkenalkan Lightning Fast LTE Kelajuan Sehingga Melebihi 400Mbps
Sebagai ganjaran kepada pemandu setia Grab yang juga merupakan pelanggan Celcom, mereka akan ditawarkan pelan Celcom Lightning Fast 4G LTE bersama peranti baru yang sesuai.
Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata berkata kolaberasi bersama Grab ini bakal memberikan pengalaman digital terbaik kepada pelanggan dan pengguna Grab. Disokong oleh Sean Goh, selaku Ketua Rantau Malaysia, kerjasama ini adalah sangat ideal kerana kedua-dua pelanggan dan pemandu Grab bukan sahaja akan menikmati perjalanan yang lebih baik, malah dapat membantu mereka dari segi kewangan.
Memandangkan kebergantungan rakan pemandu yang sangat tinggi kepada peranti mudah alih, gandingan ini bakal mengurangkan kos penggunaan pada peranti mudah alih, serta membantu pemanduan yang lebih efisyen.

