Huawei Membuka Kedai Flagship Terbesar di Pavilion

Huawei sekali lagi meletakkan fokusnya kepada Malaysia dengan membuka kedai flagship yang pertama di Rantau Pasifik Selatan, bertempat di Pavilion Elite Kuala Lumpur. Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada pasaran utama di rantau ini yang semakin berkembang, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama telefon pintar yang kedua paling digemari oleh pengguna Malaysia.

Kedai flagship ini mempunyai keluasan sehingga 4476 kaki persegi, menjadikannya sebagai pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk penjualan peranti, servis pembaikan serta sokongan khidmat kepada pelanggan Huawei.

You might also like