
Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Launcher Google Now
Pelancar Google Now merupakan salah satu pelancar yang menjadi pilihan jutaan pengguna Android kerana ia menawarkan antaramuka yang kemas dan asli dari Google. Kepada mereka yang menjadikan Google Now sebagai pelancar utama, siap sedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pelancar kesayangan anda kerana tidak lama lagi Google akan menarik pelancar ini dari Play Store.
Di sebalik berita mengejutkan ini, anda masih boleh menikmati pelancar dari Google kerana syarikat tersebut dilaporkan akan melancarkan pelancar Google Pixel yang buat sementara ini hanya boleh dimuat turun peranti Pixel sahaja. Dijangkakan apabila Google Now ditarik dari Play Store, pelancar Google Pixel akan ditawarkan untuk semua pengguna Android.


