
Huawei hari ini telah melancarkan stor jualan rasmi mereka di dalam portal beli belah atas talian Lazada. Kini anda boleh mendapatkan peranti kegemaran anda dengan lebih yakin dan secara terus dari Huawei tanpa melalui pihak ketiga, lantas menjamin keaslian dan kualiti servis jualan peranti Huawei.
Anda boleh dapatkan pelbagai model peranti Huawei, baik yang lama mahupun yang terbaru melalui store jualan ini!

