- Iklan -

MRCC Group Mengambil Alih Pemain Pembelajaran Digital Terkenal G-Cube, Memperluas Jejaknya dalam Pembelajaran Korporat

- Iklan -

BILLERICA, Massachusetts, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ — Dalam urus niaga Pembelajaran Korporat terbesar di India, penyedia penyelesaian transformatif terkemuka dalam industri, MRCC, hari ini mengumumkan pengambilalihan G-Cube, perintis dalam pembelajaran digital. Langkah sinergi ini menjayakan gabungan sistem reka bentuk dan penyampaian G-Cube yang kukuh yang berusia 21 tahun dengan kepakaran kumulatif selama bertahun-tahun dalam penyelesaian transformatif yang ditawarkan oleh MRCC.

Transformative Solutions Conglomerate MRCC Group Acquires eLearning giant G-Cube
Transformative Solutions Conglomerate MRCC Group Acquires eLearning giant G-Cube

G-Cube ialah penyedia penyelesaian e-Pembelajaran yang revolusioner dan inovatif. Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam latihan korporat untuk pelbagai industri dan bidang perniagaan. Dengan lebih 2 juta pelanggan dan 1,200 projek e-Pembelajaran, syarikat ini terkenal sebagai pencipta penyelesaian e-Pembelajaran dan strategi berpusatkan pelajar yang inovatif yang disokong oleh teknologi dan penyelidikan.

Dengan pengambilalihan strategik ini, MRCC telah memantapkan kedudukannya sebagai penyedia Ekosistem Bakat dan perunding penyelesaian berpusatkan pelanggan yang diiktiraf secara global. MRCC  berbesar hati menggabungkan kehebatan rangkaian portfolio penyelesaian yang terbukti bertahan bagi memenuhi keperluan perniagaan para pelanggannya yang semakin berkembang di seluruh dunia.

Mengulas tentang pengambilalihan tersebut , Anil Shah, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif MRCC Group berkata, “Kami sangat berbesar hati menerima bakat dan pengalaman pasukan G-Cube ke dalam syarikat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Manish, Kapil dan seluruh pasukannya atas sokongan serta integriti mereka yang menyeluruh dalam membolehkan kami mencapai pengambilalihan yang menarik ini.

Apabila pembelajaran pasaran korporat menjadi semakin matang, kami membayangkan lebih banyak penyatuan dengan memupuk lebih banyak penggabungan seumpama ini bagi mengetengahkan pemain terbaik dalam industri. Gabungan perkhidmatan pelanggan G-Cube yang tiada tandingan dengan penyelesaian transformatif MRCC akan menyokong pasaran pembelajaran korporat yang inovatif ini. MRCC akan terus memanfaatkan peluang ini untuk meningkatkan nilai para pelanggannya.” 

Deeptanshu Tiwari, Naib Presiden Eksekutif, MRCC Group menambah, Kami amat sukacita mengalu-alukan pasukan G-Cube yang sangat berbakat ke dalam Keluarga MRCC. Semangat pasukan ini untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa menjadikan perjalanan masa depan syarikat lebih menarik dan menjadi simbol wawasan MRCC untuk memacu dan menyampaikan penyelesaian transformatif yang ringkas tetapi menarik bagi nilai jangka panjang pelanggan. 

Saya berharap dapat bekerjasama dengan Manish dan Kapil dalam mendayakan era perkembangan pesat melalui pelbagai penyelesaian bersepadu yang lebih besar dan terbaik yang membantu syarikat korporat untuk menarik, mengekalkan dan membina bakat.” 

Manish Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama G-Cube mengulas,   Penggabungan G-Cube dan MRCC Group berupaya untuk membawa pembaharuan kepada industri pembelajaran korporat. Penanda aras yang dicipta oleh G-Cube akan kini mendapat sokongan dan kekuatan baharu. Kini, pelanggan kami boleh meyakini tahap inovasi tertinggi yang didorong oleh pengalaman luas G-Cube dalam domain pembelajaran serta kepakaran MRCC dalam menyelesaikan cabaran khusus industri di seluruh dunia selama lebih 25 tahun.”

Kapil Gupta, Presiden & Pengasas Bersama G-Cube menambah, “Kami teruja dengan fasa perjalanan G-Cube yang baharu ini yang telah kami mulakan selama 21 tahun yang lalu. Jangkauan global MRCC akan mendorong lebih banyak peluang-peluang pertumbuhan bagi G-Cube dan masa depan yang lebih cerah untuk kakitangan syarikat tersebut.

Tentang MRCC Group: 

Ditubuhkan pada tahun 1996, MRCC Group ialah sebuah syarikat penyelesaian transformatif yang mempunyai pensijilan ISO 9001 dan ISO 27001 serta beribu pejabat di Billerica, Massachusetts, AS. Sebagai perintis penyelesaian ringkas, berkualiti tinggi dan berdaya tahan, MRCC menawarkan portfolio penyelesaian yang luas yang merangkumi Pembelajaran Korporat, Penerbitan Pendidikan, Teknologi dan Pengambilan Kakitangan IT.

Dengan pengalaman selama lebih 25 tahun, MRCC merupakan rakan kongsi penyelesaian pembelajaran kepada 186 buah syarikat korporat di seluruh dunia dan telah berjaya menghasilkan lebih 40,000 projek. Kepakaran MRCC terletak pada penyampaian penyelesaian tersuai dan canggihnya yang memacu kecemerlangan organisasi serta berprestasi tinggi. Penyelesaian unik ini membolehkan perusahaan mengadaptasi, menumpukan perhatian dan bertindak balas dengan lancar terhadap perubahan era digital yang semakin meningkat.

HUBUNGAN AKHBAR: 

MRCC :
Ranika Agarwal
+91 (22) 66746674
ragarwal@mrccsolutions.com 
https://www.mrccgroup.com/ 

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/mrcc-group-mengambil-alih-pemain-pembelajaran-digital-terkenal-g-cube-memperluas-jejaknya-dalam-pembelajaran-korporat.jpg
Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/mrcc-group-mengambil-alih-pemain-pembelajaran-digital-terkenal-g-cube-memperluas-jejaknya-dalam-pembelajaran-korporat-1.jpg

Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources Acquisitions, mergers, takeovers

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like