- Iklan -

Embrio Tandatangani Kerjasama Dengan Firma Keselamatan Siber Israel Terkemuka Orchestra Group Untuk Bawakan Pertahanan Kubah Keselamatan Siber IoT Gred Perusahaan Di Asia

- Iklan -

SINGAPURA, 23 Jun 2021 /PRNewswire/ — Embrio Enterprises telah memuktamadkan kerjasama rasmi dengan firma keselamatan siber yang terkemuka Orchestra Group untuk membawakan penyelesaian pertahanan kubah keselamatan siber IoT yang canggih untuk perusahaan dan agensi awam di Singapura dan Asia.

Penyelesaian paling canggih Syarikat tersebut termasuk Harmony IoT, kubah perlindungan keselamatan siber gred perusahaan yang merapatkan jurang keselamatan siber IoT masa kini dalam industri ini, terus mengenal pasti dan memantau kesemua peranti terhubung pintar dalam ruang udara sekitar perusahaan. Dengan melanggan perkhidmatan tersebut, perusahaan akan mendapat keterlihatan menyeluruh, pengesanan ancaman yang aktif dan pengurangan serangan pada masa sebenar bagi melindungi aset dan operasi mereka sekali gus menerima teknologi IoT dan tanpa wayar dengan selamat.

Penyelesaian lain yang amat dinanti-nantikan yang dikenali sebagai Harmony Purple, ialah teknologi pasukan biru dan pasukan merah automatik yang melapisi enjin senario laluan serangan berpaten di atas keupayaan siber sedia ada sesebuah organisasi. Ia terus menganalisis kedudukan keselamatan organisasi berkenaan bagi mengutamakan cara yang paling berkesan untuk meminimumkan risiko siber mereka. Dalam persekitaran keselamatan hari ini yang mana organisasi-organsasi berhadapan dengan ancaman yang amat besar dan amaran kerentanan, pendekatan yang amat pintar dan automatik yang disediakan oleh Harmony Purple akan dapat menyediakan sokongan dan bantuan yang amat diperlukan kepada golongan profesional keselamatan siber.

Cedric Lim, Pengarah Urusan Embrio Enterprises mengulas: “Kerjasama Embrio dengan Orchestra Group merupakan satu inisiatif yang tepat pada masanya buat kami untuk memperkenalkan penyelesaian yang canggih dan berkesan kepada CISO untuk merancang, membina dan mengukur apa yang ingin dicapai oleh mereka serta mempunyai alat yang sangat berkesan untuk mengesan, mengurangkan dan mengutamakan ancaman dan kerentanan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh organisasi-organisasi hari ini. Tawaran teknologi yang disediakan oleh Orchestra Group membolehkan Embrio untuk berada di barisan hadapan bagi penyelesaian keselamatan siber dan menjadi penyedia keselamatan perkhidmatan terurus yang lengkap.”

“Umumnya, Singapura dan Asia Pasifik merupakan pasaran tumpuan dalam rancangan pertumbuhan Orchestra Group,” kata Yair Poplawski, Pengurus Besar cawangan APAC Orchestra. “Embrio mewakili kesemua kualiti yang dicari oleh kami dalam rakan kongsi VAD. Ia mempunyai pasukan yang sangat berpengalaman dengan pemahaman yang mendalam mengenai keperluan unik pengguna di rantau ini serta rantaian penjual profesional yang mantap untuk menyokong mereka. Perkongsian baharu ini merupakan langkah yang penting dalam membina kehadiran kami di rantau ini dan bagi membawa penyelesaian keselamatan kami yang terbaik dalam kelas ke rantau ini.”

Untuk pertanyaan sila hubungi:

Melvin Chan
Pengarah Pembangunan Perniagaan
Melvin.chan@embrioent.com 
+65-9792-9704

Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Contracts New products/services

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like