- Iklan -

Melangkah ke hadapan: Copan mengumumkan penjenamaan semula besar-besaran dan melancarkan laman web baharu

- Iklan -

BRESCIA, Itali, 25 Jun 2021 /PRNewswire/ — Masa untuk berubah bagi Copan. Syarikat praanalitik Itali ini mengumumkan inisiatif penjenamaan semula yang meluas termasuk logo baharu dan laman web baharu dengan fungsi yang dikemas kini telah dilengkapkan. Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menampilkan nilai-nilai terbaik syarikat dan menawarkan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan. 

Daripada praanalitik hingga kepada penjagaan pesakit, ia telah menjadi masa yang sukar bagi para profesional dan syarikat yang terlibat dalam ujian, saringan dan rawatan COVID-19. Begitu juga dengan Copan – pengeluar utama sistem pengumpulan mikrobiologi dan automasi makmal praanalitik – yang memanfaatkan pengalamannya selama beberapa dekad , telah berusaha tanpa henti dalam menyokong usaha memerangi pandemik ini. Setelah mencapai matlamatnya untuk menghasilkan 2 bilion swab setiap tahun, syarikat tersebut kini bergerak ke hadapan dengan menstabilkan bekalan kesemua produk yang mendorong pembangunan praanalitik pada tahun-tahun yang lalu.

Menyedari kepentingan sebuah identiti yang konsisten dan komunikasi yang jelas, Copan melancarkan penjenamaan semulanya iaitu sebuah projek yang dimulakan sempena ulang tahunnya yang ke-40 pada tahun 2019 dan telah tertangguh akibat pandemik tersebut. Menurut Stefania Triva, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden, “Penjenamaan semula adalah diperlukan untuk mewakili nilai terbaik yang kami berikan kepada orang ramai, inovasi dan kepercayaan serta menghadapi cabaran baharu yang menghampiri pasaran antarabangsa.”

Ciri-ciri utama penjenamaan semula ini ialah strategi komunikasi dan reka bentuk grafik baharu dengan sebuah logo baharu yang telah direka bentuk sebagai evolusi logo lama. Sebaliknya, slogan “Innovating together” (Berinovasi bersama) kekal tidak berubah. “Berinovasi bersama melambangkan nilai teras Copan – inovasi yang dibawa ke dalam dunia praanalitik dan ikatan kepercayaan yang kukuh yang kami selalu bina dengan rakan niaga dan para pekerja kami – dan merupakan bahagian yang penting kepada identiti kami.

Penjenamaan semula ini turut memperkenalkan laman web baharu Copan;www.copangroup.com yang menawarkan reka bentuk menarik dan navigasi mudah yang dioptimumkan untuk penggunaan di atas meja atau mudah alih serta menyediakan akses kepada maklumat penting di seluruh dunia tentang produk, kajian saintifik, berita dan perkhidmatan dengan cepat dan intuitif.

Identiti baharu yang segar ini memanfaatkan nilai dan komitmen Copan untuk membina hubungan perniagaan dan perkhidmatan profesional yang berjaya dalam persekitaran yang sentiasa berubah-ubah untuk membentuk – seperti yang dinyatakan oleh syarikat ini – mikrobiologi masa depan melalui inovasi yang memberi tumpuan kepada manusia

Tentang Copan 

Copan dikhususkan untuk membangunkan produk pengumpulan sampel yang berkualiti tinggi dan canggih bagi penyakit berjangkit, genomik manusia, produk kegunaan alam sekitar dan forensik berserta penyelesaian aliran kerja secara automatik. 

Idea-idea kami mendorong kemajuan selama 40 tahun dalam bidang praanalitik yang menghasilkan pembangunan produk yang berguna yang disesuaikan untuk memenuhi apa jua keperluan. Antaranya ialah FLOQSwabs® kami yang dipatenkan, suatu ciptaan semula pengumpulan dan pengangkutan sampel lengkap, manakala automasi ekosistem WASPLab® merevolusikan aliran kerja di makmal. 

Kini, Copan masih teruja untuk meneruskan inovasi ini, menyediakan produk yang berkualiti, perkhidmatan tersuai dan penyelesaian utama untuk meningkatkan kesihatan pesakit. 

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/melangkah-ke-hadapan-copan-mengumumkan-penjenamaan-semula-besar-besaran-dan-melancarkan-laman-web-baharu.jpg

Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like