Dalaman Produk Baharu Mouser Electronics: Lebih 3,000 Alat Ganti Baharu Ditambah pada April 2021

- Iklan -

SHANGHAI, 25 Jun 2021 /PRNewswire/ — Sebagai pengedar berdaftar, Mouser Electronics, Inc. memberi tumpuan terhadap pengenalan produk dan teknologi baharu yang pantas, memberi kelebihan kepada pelanggan dan membantu mempercepatkan masa untuk dibawa ke pasaran. Lebih 1,100 jenama pengeluar semikonduktor dan komponen elektronik bergantung pada Mouser untuk membantu mereka memperkenalkan produk mereka dalam pasaran global. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh dikesan sepenuhnya daripada setiap pengeluar.

Mouser Electronics New Product Insider
Mouser Electronics New Product Insider

Pada bulan April, Mouser melancarkan 3,069 alat ganti baharu untuk dihantar kepada pelanggan. Beberapa komponen dan teknologi baharu yang inovatif berkenaan termasuk:

TI TMS570LS1227 ialah penyelesaian gred-automatif yang amat sesuai untuk aplikasi kawalan masa sebenar berprestasi tinggi dengan keperluan kritikal-keselamatan. Rangkaian mikropengawal menyediakan seni bina keselamatan canggih yang melibatkan dua CPU yang berjalan serentak, CPU dan logik BIST memori, ECC pada denyar mahupun SRAM data, serta banyak lagi ciri lain.

Penyelesaian sambungan tanpa wayar ST merupakan portfolio teknologi tanpa wayar yang mempunyai julat komunikasi tertentu, kecekapan kuasa, kependaman, lebar jalur dan topologi perangkaian. Portfolio ini mencakupi rangkaian sambungan paling luas termasuk peranti perangkaian jarak-jauh sub-1GHz (mengaktifkan LoRaWAN®, Sigfox dan sambungan M-Bus Tanpa Wayar), RF gelombang-milimeter jarak dekat 60 GHz, Tenaga Rendah Bluetooth®, 802-15-4, OpenThread, LTE Cat 1, dan Narrowband IoT.

Penyambung 20-kedudukan NTSEAL TE menyediakan sambungan wayar-ke-wayar yang fleksibel dan tangkas dalam format yang kompak untuk persekitaran yang mencabar dengan suhu melampau dan getaran tahap-enjin. Aplikasi-aplikasi termasuk wayar-ke-wayar, pelekap panel/dinding sekat, enjin, cesi, rawatan-susul dan automasi.

Modul Kuasa Pintar (IPM) BM6437xS-VA mengintegrasikan pemacu gerbang, diod butstrap, IGBT dan diod roda tenaga

Untuk melihat lebih lanjut mengenai sorotan utama Dalaman Produk Baharu, kunjungi https://www.mouser.com/newproductinsider/.

Sebagai pengedar berdaftar global, Mouser menawarkan seleksi paling luas di dunia yang merangkumi semikonduktor dan komponen elektronik terbaharu — dalam stok dan sedia untuk dihantar. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh dikesan sepenuhnya daripada setiap rakan pengeluarnya. Bagi membantu mempercepatkan reka bentuk pelanggan, laman sesawang Mouser mengehoskan pustaka sumber teknikal yang luas termasuk Pusat Sumber Teknikal (Technical Resource Center), berserta lembaran data produk, reka bentuk rujukan khusus-pembekal, nota aplikasi, maklumat reka bentuk teknikal, alat kejuruteraan dan maklumat berguna yang lain.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like